Persediaan pakaian kaum Adam untuk menyambut hari raya memang cukup ringkas. Cukup sekadar sepasang baju Melayu dan kain samping untuk dipakai pada pagi lebaran. Tidak lengkap baju Melayu jika tidak dipakai bersama kain samping yang diikat pada bahagian pinggang.
Kain samping jika dipakai bersama baju Melayu teluk belanga, ia biasanya dipakai pada sebelah dalam baju. Manakala baju Melayu cekak musang, ianya dipakai di bahagian luar.