Tip buat sambal belacan yang sedap, ikut sukatan dan petua ini. Sambal yang berasaskan cili dan belacan ini bukan sahaja pembuka selera, malah menjadi pelengkap wajib bagi pelbagai hidangan seperti nasi putih, ulam-ulaman, ikan goreng, mahupun nasi lemak.
Ada yang suka menggunakan cili merah, ada juga yang menggunakan cili padi yang lebih pedas. Ada yang menambah perahan limau kasturi, tak kurang juga yang memasukkan sedikit gula Melaka atau tomato untuk seimbangkan rasa.