Masalah cicak sering dihadapi di rumah selain masalah lipas. Lebih menjijikkan apabila ada banyak najis cicak yang melekat di dinding dan juga di lantai rumah. Kabinet dapur juga antara ruang yang sering menjadi tempat cicak bersembunyi. Seperti yang kita ketahui, cicak dan najis cicak boleh menganggu kesihatan dan mengundang pelbagai jenis penyakit.
*Makanan cicak: binatang/serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat, kumbang, unggas, labah-labah kecil.
*Pemangsa cicak: burung.
*Habitat cicak: Tempat yang hangat, belakang almari, belakang televisyen, sekitar peti sejuk, sekitar lampu, belakang bingkai gambar dan cermin.
*Kesukaan: persekitaran yang kotor, tempat yang berbau hapak seperti timbunan kertas terutamanya surat khabar, timbunan kasut dan timbunan baju.
*Kebencian: bau yang tengik seperti bau bawang merah, bawang putih, tembakau, cuka dan ubat gegat.