Bila emosi menguasai tindakan, inilah akibatnya. Seorang ejen tarik kereta ditahan polis selepas bertindak luar kawalan dengan menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Hentian R&R Pedas-Linggi, semata-mata untuk ‘menyelesaikan urusan’ tarik kenderaan.
Menurut Sinar Harian, tindakan berani tak bertempat ini bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya lain, malah mencetuskan kemarahan ramai selepas video berdurasi 35 saat yang memaparkan tiga buah kenderaan menghalang laluan secara melintang di lebuh raya itu tular di media sosial.