SHAH ALAM – Tindakan agresif penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menahan seorang peniaga belon tanpa lesen pada Jumaat dianggap tidak wajar dan mencerminkan penyalahgunaan kuasa terhadap golongan peniaga kecil.
Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, DBKL perlu mempunyai sifat bertimbang rasa dan berperikemanusiaan ketika rakyat sedang bergelut dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.