PUTRAJAYA – TikTok Malaysia (TikTok) yang beroperasi di bawah syarikat induknya, ByteDance Ltd mengesahkan laporan pemberhentian kakitangannya di negara ini.
Tanpa menjelaskan jumlah sebenar pekerja yang terjejas, TikTok menerusi kenyataan berkata, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha syarikat itu untuk memperkukuh model operasi global kandungan.