KUALA LUMPUR – Individu yang bertindak menikam Koperal Mohd Nadzri Sudiman, 35, di Pasar Pudu, Jalan Yew, Khamis lalu dipercayai membawa dadah ketika ditahan untuk pemeriksaan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek bertindak agresif dipercayai mengelak untuk diperiksa anggota itu.