KOTA BHARU – Seorang bapa bersama anak lelakinya dan rakan anaknya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa, atas tuduhan merogol anak tirinya berusia 12 tahun di sebuah rumah di Bachok sekitar awal tahun dan Mei lalu.
Tertuduh masing-masing berusia 46 dan 22 tahun didakwa atas empat pertuduhan secara berasingan di hadapan Hakim, Zulkifli Abllah, bagaimanapun kesemua mereka mengaku tidak bersalah.