SEREMBAN – Tiga lelaki yang mempunyai kaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang ditahan dalam Op Global baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak.
Difahamkan suspek berusia 20 hingga 22 tahun itu merupakan pekerja di sebuah madrasah di Kuala Pilah.