MUAR – Seorang penganggur yang dituduh membunuh ibu bapa serta anak saudaranya sebelum membakar kediaman mereka di sini Ogos lepas, dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen Muar pada Khamis atas dakwaan berasingan menyebabkan kecederaan parah pada seorang lagi anak saudaranya.
Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu selepas Azman Mohamed Nor, 48, mengaku bersalah dan turut menetapkan denda RM5,000 dengan lima bulan penjara jika gagal membayar denda itu.