KUALA LUMPUR – Tiga lelaki termasuk seorang warga Myanmar dihadapkan ke lima Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan pecah masuk kedai runcit dan mencuri kenderaan antara Ogos dan Oktober ini.
Di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Siam, pekerja besi buruk R Gunasilan, 29, dan penganggur J Jagatheiswaran, 31, dijatuhkan hukuman penjara lima bulan selepas mengaku bersalah memecah masuk sebuah kedai runcit dengan memecahkan mangga shutter kedai dan mencuri barang di dalam kedai berkenaan.