IPOH – Tiga buah kedai terbakar pagi tadi berhadapan Hotel Grand Court, Jalan Maharajalela di Teluk Intan, kira-kira 100 kilometer dari sini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 4.20 pagi dan tiba ke lokasi 12 minit kemudian.