IPOH – Kerajaan Perak telah mengenal pasti kawasan baharu di tiga lagi daerah yang berpotensi mempunyai sumber bahan mineral unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) selain Hulu Perak dengan jumlah rizab sebanyak kira-kira 1.7 juta metrik tan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, berdasarkan kajian awal yang dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak, daerah itu termasuklah Kuala Kangsar, Kinta serta Larut Matang dan Selama.