IPOH – Berpantang maut sebelum ajal. Itulah pepatah tepat menggambarkan detik cemas dilalui sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia 10 bulan apabila kereta yang dinaiki dihempap sebatang pokok yang tumbang ketika melalui jalan Ipoh-Lumut dekat Seri Iskandar, petang tadi.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihak bomba menerima panggilan kira-kira jam 6 petang dan sepasukan 17 anggota bergegas ke tempat kejadian.