PAPAR – Peluncuran tiga lagi batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sabah dan Sarawak membuktikan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan keamanan dan keselamatan negara terus terpelihara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peluncuran Batalion 21 di Keningau, Batalion 22 di Kunak serta Batalion 23 di Sri Aman, Sarawak menjadikan keseluruhan pasukan PGA di seluruh negara kini berjumlah 23 batalion dengan kekuatan anggota mencecah 12,000 orang.