Pelakon, Darien Aeldra mengakui mahu memberikan fokus yang lebih terhadap kerjaya lakonan dan menolak semua tawaran modeling yang datang kepadanya.
Jelas Darien, keputusan tersebut bukanlah kerana jadual lakonan yang terlalu padat, tetapi kerana dia mahu mengambil serius mengukuhkan nama dalam industri seni sebagai seorang pelakon.