SHAH ALAM – Semua pihak diminta tidak mempolemikkan isu penganjuran Majlis Jalinan Muhibbah Madani sempena Tahun Baharu Cina 2025 yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, tindakan tersebut boleh menjejaskan usaha pengukuhan perpaduan antara kaum di negara ini.