Abang kepada pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall, iaitu Abiejam tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung salah faham yang timbul antara dirinya dengan adik iparnya, Aiman Tak Kesah.
Penjelasan itu dibuat selepas tular satu kenyataan Aiman sebelum ini yang mengatakan dia perlu “berlaku adil dan bermain dengan Abiejam” pada waktu pagi sebelum menceraikan isterinya dengan talak dua.