Sebuah ruang akan kelihatan kurang seri jika dindingnya dibiarkan kosong. Namun, proses meletakkan hiasan pada dinding juga bukan mudah. Jika salah letak pada ketinggian yang tidak sesuai, ia nampak tidak harmoni dan macam tidak kena pada pandangan.
Bagi anda yang ingin menghias ruang dalaman rumah anda dengan menggantung bingkai gambar pada dinding, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu.