PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas tragik membabitkan pesawat Azerbaijan Airlines, Penerbangan J2-8243 berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Aktau, Kazakhstan, awal Rabu.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dan mengucapkan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa serta mendoakan kesembuhan kepada mereka yang cedera.