SHAH ALAM – Tiada sebarang perubahan dasar atau pengumuman polisi baharu berkaitan pelaksanaan bil terperinci oleh klinik perubatan swasta.
Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan, hak pesakit untuk mendapatkan bil terperinci merupakan perkara yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006.