GEORGE TOWN – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Beliau berkata, MDEC yang merupakan agensi peneraju ekonomi digital negara bukan di bawah Kementerian Komunikasi sebaliknya di bawah Kementerian Digital yang diterajui Gobind Singh Deo.