KUANTAN – Istana Pahang menafikan khabar angin berkenaan istiadat Perkahwinan Diraja yang membabitkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan seorang wanita yang tular di media sosial baru-baru ini.
Dakwaan itu mula tersebar selepas satu hantaran dimuat naik di Instagram oleh pengguna yang menggunakan nama akaun “Farida.1111111” pada 24 September.