KUALA SELANGOR – Polis menafikan wujudnya sebarang aktiviti pelacuran di sebuah hotel di Pusat Perdagangan Alam Jaya, Puncak Alam seperti yang tular di media sosial pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajuddin berkata, aktiviti tidak bermoral itu tidak berlaku seperti didakwa dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor telah membuat serbuan dan pemeriksaan di hotel itu pada jam 1.20 pagi Isnin.