KUALA LUMPUR – Lebih 20 jalan di sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula pada Ahad ini bagi memberi laluan kepada perarakan pedati bersempena dengan sambutan Thaipusam pada 11 Februari.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan pada Jumaat berkata, penutupan dan lencongan akan bermula pada jam 9 malam bagi memberi laluan perarakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S. Lee di sini menuju ke Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor.