BANGKOK – Insiden rampasan kuasa di Thailand bukanlah perkara luar biasa di negara itu yang telah menyaksikan 12 kudeta sejak penubuhan monarki berperlembagaan pada 1932 dan jawatan Perdana Menteri seperti satu ‘badi’ buat sesiapa sahaja yang menyandangnya.
Krisis politik sekali lagi melanda negara Gajah Putih itu selepas Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra berdepan desakan untuk meletak jawatan meskipun baru mentadbir Thailand selama kira-kira 10 bulan.