SHAH ALAM – Lembaga Tabung Haji (TH) kini menyediakan buku rawatan berbentuk digital bagi memudahkan urusan pemeriksaan kesihatan jemaah musim 1446H/2025M.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, hasil transformasi digital Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH) dapat menjimatkan masa dan tenaga bakal haji di samping memastikan rekod kesihatan mudah diakses semasa di Tanah Suci.