TGV Cinemas di Suria KLCC kini tampil dengan wajah baharu selepas menjalani proses naik taraf menyeluruh yang menyaksikan transformasi teknologi dan keselesaan bertaraf dunia bagi memenuhi citarasa penonton masa kini.
Pusat hiburan keluarga tersebut kini menempatkan 12 dewan pawagam serba baharu, termasuk sembilan dewan dengan sistem bunyi tercanggih Dolby Atmos, sebuah dewan IMAX dengan sistem bunyi 12 saluran, dua Beanie Hall, tiga Indulge Hall lengkap dengan lounge eksklusif dan sebuah dewan premium dengan konsep ‘Barracks Intelligent Mattress’ yang membolehkan penonton menikmati filem sambil bersantai di atas katil pintar.