Pernah membintangi beberapa filem tempatan seperti Dunia Baru The Movie, Love Supermoon, Anne Ngasri merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri di Malaysia. Adik kepada Bell Ngasri ini tidak perlu dikenalkan lagi kerana bakatnya dalam lakonan yang sering dipuji ramai.
Selepas beberapa tempoh lama tidak muncul di kaca televisyen, Datin Anne Ngasri dilihat bahagia melayari kehidupan Bersama suami dan anak – anaknya. Namun baru – baru ini, kelibatnya yang hadir di sebuah siding media pelancaran filem terbaru di bawah syarikat terbitannya (AN Universal Sdn Bhd) cukup menarik perhatian khalayak ramai. Bermula dari seorang pelakon, kini Datin Anne Ngasri cuba mengorak Langkah ke bidang produksi pula.