SHAH ALAM – Individu yang diberi tanggungjawab untuk menjalankan sesuatu tugas seharusnya terus mengamalkan integriti dan mempunyai jati diri.
Pengerusi Gabungan Rasuah Busters Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor Dr Hamdan Daniel M Sharib berkata, ini kerana tanpa jati diri seseorang boleh dipengaruhi atau tergugat dengan sebarang habuan yang menguntungkan walaupun mempunyai unsur rasuah.