Sejak Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan bahawa pengguna jalan raya tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan sebagai langkah untuk memudahkan rakyat, ramai yang teruja dan menyambut baik perlaksanaan ini. Ini adalah kerana terdapat maklumbalas dari masyarakat yang mendakwa pelekatnya tidak berkualiti.
Oleh yang demikian, pelaksanaan sistem salinan lesen memandu dan cukai jalan secara digital menerusi aplikasi Jabatan Pengangkutan Jalan atau MyJPJ yang baru telah diperkenalkan oleh kerajaan.