SEOUL – Dalam insiden pertama seumpamanya di Korea Selatan, pihak berkuasa telah melaporkan bahawa robot yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan di Majlis Bandaraya Gumi ‘membunuh diri’.
Media antarabangsa melaporkan, robot itu yang digunakan sejak Oktober 2023 bertanggungjawab untuk menghantar dokumen, memberikan maklumat kepada penduduk dan mempromosikan pelancongan Korea Selatan dengan bekerja tanpa henti dari 9 pagi hingga 6 petang.