Peminat fesyen Muslimah tentu sekali familiar melihat wajah Husna Mustaffa. Model jelita berusia 34 tahun ini seringkali menjadi wajah pilihan Galeri Ariani, Tudung People, SofeaRose, Ameera Zaini, Bawal House serta pelbagai lagi jenama tersohor di Malaysia.
Tidak mensia-siakan bakat yang ada, Husna juga bergiat aktif sebagai pelakon dan pernah membintangi beberapa drama popular. Antara yang sedang hangat ditayangkan sekarang adalah drama Mencari Kiblat Cinta bersama Syazuwan Hassan dan Shah Hazvee terbitan produksi Darling Ngasri.