KUALA LUMPUR – Biarpun hanya akan beroperasi secara rasmi 22 Mac depan namun Terminal Bersepadu Gombak (TBG) di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berdekatan Plaza Tol Gombak mula menerima penumpang dari Pantai Timur.
Tinjauan Bernama mendapati suasana di terminal masih lengang, hanya beberapa bas kelihatan menurunkan penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).