BUKIT MERTAJAM – Polis mengesahkan punca kematian dua rakan karib wanita yang ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan di Jalan Tembikai, dekat sini pada Rabu adalah akibat terhidu gas helium.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, kehilangan kedua-dua wanita berusia 25 dan 30 tahun itu disedari keluarga mereka sebelum laporan polis dibuat pada 5 Julai lalu.