KUALA TERENGGANU – Terengganu hanya akan mengeluarkan fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sebagai sesat sekiranya terdapat bukti jelas.
Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Harun berkata, ketetapan yang akan dibuat adalah mengikut prosedur berdasarkan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).