Wakil tunggal negara menerusi acara beregu lelaki iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik bakal turun beraksi dalam saingan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura di Stadium Tertutup Singapura, hari ini.
Mereka yang merupakan pilihan ketiga kejohanan itu akan berdepan lawan dari India iaitu Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty pada aksi terakhir kejohanan dengan misi mara ke pentas akhir.