MELAKA – Seorang anggota tentera yang sepatutnya kembali bertugas pada Rabu di Kem Terendak, Sungai Udang di sini, dilaporkan hilang sejak lebih sebulan lalu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, Muhammad Fakrullah Nazri, 21, yang beralamat di Tanjung Minyak dikesan kali terakhir keluar dari rumahnya sejak 24 Jun lalu ketika sedang bercuti.