SEREMBAN – Semakan semula aku janji ditandatangani Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz semasa menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), tidak dapat dikuatkuasakan berikutan beliau tidak memenangi pilihan raya tersebut.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebaliknya Tengku Zafrul dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu, berikutan kapasiti beliau sebagai senator.