KUANTAN – Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan pasangannya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada Istiadat Akad Nikah Diraja di Istana Abdulaziz di sini jam 8.50 malam pada Khamis.
Majlis yang berlangsung dengan penuh istiadat Pahang itu disaksikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan kaum kerabat terdekat kedua-dua mempelai.