PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengesahkan bahawa beliau belum menerima sebarang tawaran untuk menyambung perkhidmatannya.
Tengku Maimun yang merupakan wanita pertama memegang jawatan itu dijadualkan bersara pada 30 Jun ini apabila mencapai umur persaraan wajib 66 tahun.