Pembukaa peluang untuk bekerja dengan syarikat Tesla di Malaysia tidak dilepaskan ribuan orang ramai yang menghadiri sesi temuduga secara ‘walk-in’ pada hari Sabtu, 17 Jun 2023.
Bertempat di pejabat Cyberview Sdn Bhd yang terletak di Persiaran Apec Cyberjaya, foto-foto yang kini bertebaran di media sosial memperlihatkan kelompok pencari kerja mula beratur di kawasan parkir berbumbung seawal jam 10 pagi lagi; biarpun secara teknikalnya temuduga itu difahamkan bermula dari jam 12 tengah hari sehingga ke 4 petang.