KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman akan bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dalam siasatan kes tembak di sebuah pusat beli-belah, di Setia Alam, Shah Alam, pada Sabtu.
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, siasatan antara dua jabatan itu dan Polis Kontinjen Selangor dibuat selepas suspek dilaporkan memiliki 11 rekod jenayah dan dadah.