ALOR SETAR – Penganjuran Temasya Oghang Kedah (TOK) 2024 bertepatan dengan usaha kerajaan negeri untuk merancakkan sektor pelancongan di Kedah.
Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah, Datuk Salleh Saidin berkata, TOK 2024 menghimpunkan keunikan warisan seni budaya yang menjadi kebanggaan anak jati Kedah.