Usia yang semakin meningkat akan menyebabkan struktur kulit menjadi semakin kurang keanjalannya. Maka sebab itulah pentingnya kulit mendapat bekalan kolagen yang amat diperlukan oleh kulit wajah.
Kulit ialah 75 peratus kolagen yang menjadikannya licin dan elastik. Pelbagai sumber makanan sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan amat penting untuk mengekalkan kulit yang sihat.