PUCHONG – Terdapat rekahan dikesan akibat pergerakan tanah susulan kejadian tebing sungai runtuh dekat kawasan pembinaan projek loji rawatan air berhampiran Idaman BSP Taman Mas Puchong di sini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, keadaan di lokasi terkawal setakat ini.