KUALA LUMPUR – Tebing sungai di projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) runtuh menyebabkan limpahan air sungai memasuki bahagian hadapan tapak pembinaan projek itu di Taman Mas, Puchong, Selangor petang Sabtu.
Gamuda Berhad dalam kenyataan memaklumkan bagaimanapun, tiada kecederaan dialami oleh pekerja pembinaan mahupun orang awam dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 2 petang itu.