BIDJAN, Cote d’Ivoire – Sekurang-kurangnya 26 orang maut manakala 28 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di laluan Issia-Daloa, barat Cote d’Ivoire pada petang Jumaat, menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan negara itu.
Kenyataan itu memaklumkan tragedi berlaku berhampiran kampung Brokoua apabila satu tayar bas mini meletup dan menyebabkan kemalangan antara dua kenderaan, lapor Xinhua.