KUALA LUMPUR – Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 boleh dibuat secara dalam talian mulai esok melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ atau melalui sekolah asal masing-masing.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi pelajar yang tidak menerima tawaran, rayuan boleh dibuat mulai 19 hingga 25 Mei ini manakala keputusan rayuan boleh disemak melalui kaedah sama pada 3 Jun.