SHAH ALAM – Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi mengisytiharkan hari permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ditetapkan pada 28 Februari atau petang Jumaat depan.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan memaklumkan, Majlis Raja-Raja telah bersetuju cara menetapkan tarikh permulaan itu adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.